Kewujudan taman ini telah lama menceriakan lagi lanskap Kuala Lumpur di samping menjadi tempat tumpuan warga kota untuk beriadah. Pelbagai kemudahan ada di sini selain daripada tasik dan trek berjoging, seperti "kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan."
Menurut portal rasmi DBKL juga, "Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan kawasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang."
Larian 40 Taman di sini telah dimeriahkan lagi oleh kehadiran kumpulan TT Kuda Runners yang sememangnya bermarkaskan Taman Tasik Titiwangsa ini untuk mereka lari bersama serta membuat latihan. Bukan itu saja, turut menyertai larian ini ialah pelari marathon negara, Shahrudin Hashim.
![]() | |
Pengasas Larian 40 Taman M.Zulkifli (kiri) bersama pelari marathon negara Shahrudin Hashim |
Selepas proses pendaftaran dan juga pengagihan T-shirt, peserta-peserta membuat warmup yang diketuai oleh Shahrudin.
Kemudian, larian pun dimulakan. Oleh kerana satu pusingan di taman ini agak jauh jaraknya, cadangan telah dibuat untuk berlari satu pusingan besar dan ditambah satu pusingan lagi pusingan kecil.
Persekiratan di Taman Tasik Titiwangsa memang sangat indah dan menarik. Sepanjang larian, kami dapat melihat pelabagai aktiviti yang dilakukan pengunjung, termasuk senaman tai chi, bermain badminton dan bolasepak, dan juga aktiviti sukan sekolah.
Secara keseluruhannya, peserta-peserta menamatkan larian sejauh 3.93km pada pagi itu, yang juga merupakan jarak paling jauh untuk Larian 40 Taman setakat ini.
Shahrudin kemudian mengetuai peserta-peserta dalam sessi cooling down.
Peserta-peserta kemudian telah diberikan cenderahati "misteri" yang telah diusahakan oleh salah seorang peserta tegar, yang merupakan chocolate bar Larian 40 Taman!
Pagi itu juga merupakan pagi yang istimewa buat TT Kuda Runners yang menyambut ulangtahun yang pertama penubuhannya.
Terima kasih diucapkan kepada TT Kuda Runners dan semua peserta yang hadir pada pagi itu!
bestnya klu da kat area sana..
ReplyDeletecoz kat perlis x ramai sngat yg join lari2 cm ni...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyeah...TTKuda Runners Taman Tasik Titiwangsa memang terbaek!!
ReplyDeletecongrats mZul;)
haffis, satu hari nanti, joinlah sekali :)
ReplyDeletemFaiz, memang best TTKuda Runners!
yeah! TT Kuda Runners memang th best! hope saya dpt join larian yang ke 12 Larian 40Taman and larian kedua saya bersama bro mzul :)
ReplyDeletePlanning to join the closing ;-)
ReplyDelete