Wednesday 29 August 2012

Larian #25

Butiran mengenai larian seterusnya seperti berikut:

Tarikh: 31 Ogos

Tempat: Taman Tasik Cempaka, Bangi

Masa: 7.30 pg

Sila bawa kuih raya dan jalur gemilang untuk memeriahkan lagi suasana. Jumpa di sana!

Wednesday 1 August 2012

Larian 40 Taman #23: Taman Tasik Datuk Keramat

Larian ke-23 telah diadakan di Taman Tasik Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 14 Julai yang lalu. Taman ini terletak di tengah-tengah kawasan Datuk Keramat dan hanya 7km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ia berkeluasan 3.4 hektar dengan 0.76 hektar meliputi tasik buatan. Antara kemudahan di sini termasuk laman senaman, laluan refleksologi, peralatan permainan kanak-kanak, wakaf, lampu taman, kemudahan bangku dan kiosk jualan.




Larian pada pagi itu turut disertai beberapa orang pelari-pelari yang hadir buat kali pertama. Seperti biasa, sesi memanaskan badan dilakukan sebelum larian dimulakan.  




Berbanding dengan taman-taman lain yang pernah dikunjungi pelari-pelari Larian 40 Taman, lokasi ini agak kecil, dan satu pusingan besar di sini hanyalah lebih kurang 500m.

Selain daripada yang disebut di atas, terdapat juga kemudahan peralatan gimnasium serta gelanggang futsal di sini.



Persekitaran di sini juga bersih dan tenang dan terdapat beberapa tempat di mana kelihatan panorama bandaraya Kuala Lumpur begitu indah sekali.


Yang menarik juga pada pagi itu adalah lucky draw yang telah diadakan di mana hadiah-hadiah berupa cenderahati Sukan Olimpik 2012 telah disediakan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang pada pagi itu!


 Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta pada pagi itu.