Saturday 1 December 2012

Larian 40 Taman #30: Taman Budaya, Kuching

Siri Larian 40 Taman 100 Kilometer telah mencapai "milestone" yang baru apabila mencecah angka 30 baru-baru ini. Dan larian ke-30 itu telah diadakan di negeri Sarawak, kali pertama Larian 40 Taman sampai ke sana pada 27 Oktober yang lepas.

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching, Taman Budaya yang juga dikenali sebagai Reservoir Park merupakan sebuah taman yang cukup indah and popular di sini.




Antara yang menarik di sini, terdapat jambatan Jepun, pelbagai jenis flora dan juga tasik.





 Taman ini juga dikatakan agak popular di kalangan mereka yang gemar memancing.


Walaupun tidak begitu besar keluasannya, berjogging di sini tetap seronok dengan cabaran bukit kecil serta laluan yang agak selesa.




Wednesday 21 November 2012

Larian 40 Taman #29: Taman Aman

Taman Aman merupakan antara taman yang tertua di sekitar kawasan Petaling Jaya dan di situlah merupakan lokasi untuk Larian 40 Taman yang ke-29 pada 20 Oktober 2012.


Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini sememangnya menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk pelbagai aktiviti riadah. Kelihatan di awal pagi itu, sekumpulan warga emas melalukan senaman qi gong, selain daripada mereka yang berjogging dan juga yang sudah mula memancing.




Terdapat pelbagai kemudahan di sini termasuk alatan senaman, tandas, gelanggang bolakeranjang dan juga ruang untuk sukan skateboard.





Seperti biasa, peserta-peserta Larian 40 Taman pada pagi itu telah mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk memulakan larian.



"Loop" di sini agak kecil, tapi mempunyai alternatif untuk menaiki bukit untuk jarak yang lebih jauh. Persekitaran di sini memang cukup tenang dan tahap kebersihan juga boleh dianggap sebagai baik.