Friday 29 June 2012

Larian 40 Taman #20: Taman Tasik Ampang Hilir

Begitu istimewa sekali apabila larian yang ke-20 telah diadakan Sabtu lepas, 23 Jun di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Dengan itu, maka sampailah siri Larian 40 Taman 100 Kilometer ke separuh perjalanan.


Ramai juga antara peserta pagi tu yang menggunakan larian ke-20 ini sebagai pemanas badan untuk Standard Chartered KL Marathon yang diadakan pada keesokkan hari, termasuk mereka yang membuat full marathon!

Larian pagi itu juga mendapat sokongan padu kumpulan pelari TT Kuda Runners, selain daripada pelari-pelari tegar Larian 40 Taman, dan beberapa orang yang turut serta buat kali pertamanya. Terima kasih diucapkan kepada semua!

Taman Tasik Ampang Hilir meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuk tempat letak kereta, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai makan dan juga dewan serbaguna.



Walaupun kali pertama berlari di sana, taman ini mudah dicari dengan papantanda-papantanda yang mencukupi. Suasana di sini amat indah dan tenang, walaupun terletak berhampiran dengan lebuhraya. Kelainan di sini adalah pelari-pelari tidak membuat bulatan penuh oleh kerana reka-tamannya sebegitu, sebaliknya seseorang itu perlu membuat pusingan-U untuk melengkapkan 2.5km.


Seperti biasa, sesi senaman memanaskan badan diadakan sebelum larian dimulakan.



Pelari-pelari kemudian memulakan larian sekitar jam 7.45 pagi.






Ternyata pemandangan di sini begitu indah dan menarik sekali.




Selepas larian tamat, cabutan bertuah telah diadakan di mana hadiah T-shirt eksklusif TV9 telah diberikan.




Manakala hadiah utama pula merupakan voucher shopping bernilai RM50.


Di samping itu, pelari-pelari baru juga telah diberikan T-shirt Larian 40 Taman secara percuma!



Thursday 28 June 2012

LARIAN 40 TAMAN, 100 KILOMETER MENCECAH SEPARUH SASARAN

SIARAN MEDIA

Projek larian komuniti “Larian 40 Taman, 100 Kilometer” telah mencecah separuh sasaran pada 23 Jun, 2012 sebaik sahaja selesainya larian ke 20 yang telah diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Dilancarkan pada 14 Januari 2012, projek ini telah mengadakan larian di lapan negeri berbeza termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Johor, Negri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.


 Dicetuskan oleh pelari-tegar dan pengacara rancangan “Malaysia Hari Ini”, M.Zulkifli Abd. Jalil, “Larian 40 Taman, 100 Kilometer” merupakan projek larian komuniti yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di samping menarik minat masyarakat Malaysia di seluruh negara untuk berlari di taman-taman berhampiran bersama teman-teman dan keluarga.

“Kami berada di dalam sasaran untuk berlari di 40 taman berbeza sehingga hujung tahun ini," menurut Zulkifli. “Setakat ini kami telah berlari sekitar 58km untuk 20 larian dan nampaknya kita telah sedikit ke hadapan dalam mencapai sasaran 100km.”

Walaupun begitu, Zulkifli mengakui bahawa respon kepada setiap larian adalah berbeza-beza. “Di sesetengah taman, saya berjaya mengumpulkan sehingga 50 peserta untuk berlari bersama saya seperti di Taman Tasik Titiwangsa, manakala ada juga di tempat-tempat lain yang hanya terdapat empat atau lima orang sahaja yang datang. Namun ini tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan misi ini. Saya tahu aktiviti ini memerlukan komitmen para peserta untuk bangun awal pagi di hujung minggu, " katanya.


Larian ini selalunya diadakan pada hari Sabtu pagi dan tiada pendaftaran awal diperlukan. Sesiapa sahaja yang memiliki kasut berlari yang sesuai beserta keinginan untuk turut serta adalah dijemput untuk berlari bersama Zulkifli dan peserta lain bagi jarak minimum sejauh 2.5km.  Jemputan selalunya disebarkan melalui platform media sosial termasuk di twitter dan facebook.

Zulkifli juga telah memperoleh faedah daripada pengalamannya setakat ini. “Projek ini telah membawa saya ke taman-taman yang selama ini saya hanya dengar sahaja, dan dapat peluang berlari di tempat-tempat ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya. Sesetengah taman di negara kita ini bertaraf dunia dan adalah menghampakan jika ianya tidak diguna pakai oleh masyarakat sekeliling, " menurut beliau. “Dan ini merupakan salah satu daripada objektif projek ini, untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengenengahkan fakta bahawa aktiviti kekeluargaan harus dan mampu diadakan di taman-taman awam berbanding hanya di pusat-pusat membeli-belah."

“Saya juga berasa bangga apabila ada di kalangan peserta yang memberitahu saya bahawa projek ini telah memberi inspirasi kepada mereka untuk mula berlari”.

Projek ini juga dibiayai sendiri oleh Zulkifli dan di kebanyakan lokasi, peserta juga diberi t-shirt percuma sebagai cenderahati. “Kadangkala saya juga mengadakan cabutan bertuah hanya untuk menambah keseronokan. Saya juga gembira melihat projek ini mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan pelari di samping menambah kenalan baru di kalangan mereka.”

Walaupun senarai 20 taman seterusnya belum lagi ditentukan, Zulkifli menjemput semua yang berminat untuk melawat blog projeknya di  larian40taman.blogspot.com untuk informasi terkini atau untuk mencadangkan lokasi larian. “Sehingga kini, secara keseluruhannya, lebih daripada 300 peserta telah menyertai larian yang diadakan, dan saya ingin melihat lebih ramai warga Malaysia yang akan menyertai 20 larian seterusnya!"

Untuk maklumat lanjut, sila ke  www.twitter.com/larian40taman  dan “like” www.facebook.com/larian40taman .


SENARAI TAMAN:

1.      Taman Bandaran Kelana Jaya, Selangor
2.      Taman Merdeka, Johor Bahru, Johor
3.      Taman Rekreasi & Terapi Pantai Purnama, Port Dickson, N.Sembilan
4.      Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur
5.      Taman KLCC, Kuala Lumpur
6.      Taman Subang Ria, Subang Jaya, Selangor
7.      Taman Botanikal, Melaka
8.      Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
9.      Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor
10.  Taman Tasik Shah Alam, Selangor
11.  Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur
12.  Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor Bahru, Johor
13.  FRIM, Kuala Lumpur
14.  Central Park, Bandar Utama, Selangor
15.  Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, Perak
16.  Perdana Park, Kota Kinabalu, Sabah
17.  Taman Putra Perdana, Putrajaya
18.  Taman Perbandaran, Pulau Pinang
19.  Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
20.  Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Wednesday 27 June 2012

Larian #21

Butiran mengenai larian seterusnya seperti berikut:

Tarikh: 1 Julai (Ahad)

Tempat: Seremban Lake Gardens (Jumpa di A&W)

Masa: 7.30 pg

Jarak: 2.5km

Jumpa di sana!

Wednesday 20 June 2012

Larian #20

Butiran mengenai larian seterusnya seperti berikut:

Tarikh: 23 Jun (Sabtu)

Tempat: Taman Tasik Ampang Hilir

Masa: 7.30 pg

Jarak: 2.5km


Cabutan bertuah dengan hadiah utama voucher shopping juga akan diadakan,. Jumpa di sana!


Peta ehsan laman INI

Friday 15 June 2012

Larian 40 Taman #19: Taman Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam

Untuk larian ke-19, siri Larian 40 Taman 100 Kilometer telah kembali ke Shah Alam, tetapi kali ini, ke Taman Rekreasi Seksyen 7 pada 9hb Jun yang lepas.


Taman ini boleh dianggap masih lagi baru, namun, banyak juga kemudahan yang telah disediakan termasuk tempat letak kereta, taman-taman permainan untuk kanak-kanak dan juga laman refleksologi.




Taman ini juga mempunyai lokasi yang strategik dan oleh kerana agak berhampiran dengan UiTM, ianya menjadi taman tumpuan buat ramai mahasiswa dan mahasiswi di sini.

Larian pada pagi itu telah bermula lebih kurang jam 7.45 pagi selepas sessi memanaskan badan. Cuaca pagi itu agak mendung dan sesuai untuk larian.






Secara keseluruhannya, peserta-peserta telah membuat dua loop untuk jarak 3.01km.



Istimewa pada pagi itu juga, cabutan bertuah turut diadakan. Dan sempena deman Euro 2012 ini, hadiah-hadiah merupakan cenderahati Euro 2012 sumbangan TV3, temasuk poster jadual dan juga "pasport".


Manakala hadiah utama pada pagi itu merupakan T-Shirt eksklusif yang dimenangi saudara Faizal.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi itu!

Friday 8 June 2012

Larian #19

Butiran mengenai larian seterusnya seperti berikut:

Tarikh: 9 Jun (Sabtu)

Tempat: Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam

Masa: 7.30 pg




Istimewa kali ini juga, cabutan-cabutan bertuah akan diadakan dan hadiah eksklusif Euro 2012 sumbangan TV3 telah disediakan. 



Jumpa di sana!

Wednesday 6 June 2012

Larian 40 Taman #18: Taman Perbandaran Pulau Pinang

Larian 40 Taman, 100 Kilometer telah ke Taman Perbandaran Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Youth Park) pada 3 Jun yang lepas. Ini merupakan kali pertama team Larian 40 Taman ke utara tanahair!



Sedikit maklumat mengenai taman ini:

The Penang Municipal Park or Taman Perbandaran Pulau Pinang, is a huge park at the edge of George Town. This recreational park for the people of Penang is accessed by a single one-way route, entering through Persiaran Kuari. The Municipal Park was born from quarry land and was created in the early 70's, to provide a recreational area for youths. In its earliest incarnation, the Youth Park, as it was called at that time, had a skating rink (which it still has) and an outdoor auditorium. There was also a place for archery and hiking.

Over the years, as more funds were allocated to increase recreational opportunities for the public, more facilities were added to the park. Now, it also has a water park complete with fountains of various sizes and a cascade of pools.

The Municipal Park is managed by the Penang Island Municipal Council, or Majlis Perbandaran Pulau Pinang, the council that looks after the whole island.


Cuaca pada pagi itu sedikit mendung selepas hujan turun waktu subuh di Pulau Pinang, sudah tentu keadaan yang begitu ideal untuk berlari.

Peserta-peserta telah berkumpul di kawasan letak kereta dan berjumpa dengan penganjur, M.Zulkifli. Seperti biasa, senaman memanaskan badan telah dilakukan sebelum larian bermula.




Peserta-peserta membuat satu loop yang besar yang membawa mereka keluar dari kawasan taman dan masuk semula melalui pintu utama.  





Persekitaran di taman ini memang sangat menarik dengan kehijuan yang menyerlah di samping kehadiran kera-kera yang juga menjadi satu tarikan.




Namun begitu, kawasan tempat letak kereta agak sesak pada pagi itu kerana adanya acara yang dilangsungkan di padang besar di situ. Tapi kami seronok melihat begitu ramai sekali warga Pulau Pinang yang turun untuk beriadah sempena hujung minggu dan cuti sekolah.



Terima kasih diucapkan kepada semua peserta-peserta Larian 40 Taman yang ke-18 ini!