Friday 30 March 2012

Larian 40 Taman #11: Taman Tasik Permaisuri

Buat pertama kalinya, Larian 40 Taman telah diadakan bersempena satu acara lain di lokasi yang sama. Bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, Larian Hari Tibi Sedunia telah diadakan pada 24 Mac anjuran DBKL. Kesempatan ini telah diambil oleh pelari-pelari Larian 40 Taman untuk mengadakan larian ke-11 di samping memeriahkan acara tersebut.

Menurut portal rasmi DBKL: "Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.

"Ianya terdiri daripada sebuah  tasik seluas 14 ekar dengan empat buah pulau-pulau kecil di dalamnya. Kawasan sekitarnya ditanami dengan pokok-pokok rendah dan renek yang bukan sahaja megindahkan taman ini tetapi juga sebagai tempat untuk berlindung dari terik matahari."


Acara telah bermula agak lewat kerana pihak penganjur yang tiba selepas pukul 7 pagi walaupun ramai pelari-pelari telah pun menunggu. Peserta-peserta kemudian telah diberikan nombor penyertaan untuk dua kategori, Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.


Selepas senaman memanaskan badan dibuat, larian telah dimulakan lebih kurang jam 8.30 pagi.





Menurut pihak penganjur, lebih kurang 230 orang peserta telah mengambil bahagian pada pagi itu termasuk murid-murid sekolah, kakitangan DBKL dan orang awam.



Pemenang-pemenang tempat pertama hingga ketiga telah diberi hadiah wang tunai manakala mereka yang di dalam kedudukan 10 terbaik telah membawa hamper yang disediakan. Salah seorang pelari Larian 40 Taman juga telah berjaya meraih tempat k-10 dalam kategori Terbuka Wanita.





Jarak keseluruhan larian pagi itu adalah 4.18km. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian!


Wednesday 28 March 2012

Larian #12

Butiran mengenai larian seterusnya seperti berikut:

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)

Tempat: Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor Bahru (jumpa di tempat letak kereta)

Masa: 7.30 pg


Untuk maklumat lanjut mengenai taman ini, klik SINI . Jumpa di sana!

Thursday 22 March 2012

Larian 40 Taman #10: Taman Tasik Shah Alam

Memang sangat istimewa larian Sabtu lepas bagi semua yang terlibat. Taman Tasik Shah Alam merupakan lokasi ke-10 bagi siri Larian 40 Taman, dan bagi semua pelari-pelari, kejayaan setakat ini sangat membanggakan. Syabas diucapkan kepada semua!



Taman Tasik Shah Alam sudah tentu antara "landmark" kebangaan negeri Selangor. Terletak di Seksyen 14 berhampiran Kompleks PKNS, Taman Tasik Shah Alam merangkumi kawasan seluas 43 hektar dan turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan.


Menurut portal Majlis Bandaraya Shah Alam, antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah 
taman permainan kanak-kanak, laluan jogging, laman refleksologi, kawasan rehat, restoran dan kemudahan tempat letak kenderaan.




Peserta-peserta Larian 40 Taman pada 17 Mac yang lepas telah mula berkumpul seawal jam 7 pagi. Selepas taklimat ringkas oleh pengasas acara, M.Zulkifli, peserta-peserta kemudian membuat senaman memanaskan badan yang diketuai oleh saudara Sharafi.




Sharafi juga memaklumkan yang satu pusingan besar Taman Tasik Shah Alam itu akan mencatatkan jarak sejauh 2.7km. 




Larian telah dimulakan sekitar pukul 7.35 pagi dan bagi majoriti peserta pagi itu, ini merupakan pengalaman pertama berlari di taman yang serba indah ini.





Selain daripada kemudahan yang tersenari di atas, terdapat juga Shah Alam Wet World di sini yang cukup popular di kalangan masyarakat setempat.



 Peserta-peserta telah menamatkan satu pusingan besar dengan jarak 2.74.



 Istimewa buat larian kali ini adalah tajaan air mineral daripada Alla Fonte.







Satu cabutan bertuah juga telah diadakan di mana pemenangnya, Cik Miya, telah membawa pulang voucher shopping bernilai RM50!




 Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan larian ke-10 ini!

Tuesday 20 March 2012

Larian #11

Larian 40 Taman seterusnya akan diadakan Sabtu ini (24 Mac 2012) sempena Larian Hari Tibi Sedunia 2012 di Taman Tasik Permaisuri. Kita akan berjumpa di Stadium Cheras jam 6.45 pagi. Berikut maklumat diterima dari group TTKudaRunners:

Pada 24hb mac 2012 ni bertempat di Tasik Permaisuri akan diadakan LARIAN HARI TIBI SEDUNIA 2012 jam 7 pagi bertempat di parking sebelah stadium cheras..jarak sejauh 4.5km tapi declare 5km sahaja..tiada dikenekan bayaran..detail adalah seperti dibawah:

TARIKH: 24.03.2012
... HARI: SABTU
TEMPAT: TAMAN TASIK PERMAISURI
JARAK: 5KM
YURAN: FREE

2 KETEGORI DIPERTANDINGKAN..
LELAKI OPEN DAN PEREMPUAN OPEN

HADIAH:
TEMPAT PERTAMA: RM300 + PIALA
TEMPAT KEDUA: RM200 + PIALA
TEMPAT KETIGA: RM100 + PIALA
TEMPAT KE4 - KE10: HAMPER

DIANGGARKAN 400 ORANG PESERTA ADALAH DARI SEKOLAH2,PEMADAM DAN AGENSI2 BERKAITAN..PENDAFTARAN LUAR TERBUKA UNTUK 100 ORANG TERAWAL SAHAJA..DIINGTAKAN SESIAPA YG BERMINAT ATAU NAK LARI PADA PAGI TERSEBUT SILA DATANG AWAL TAKUT NOMBOR KEHABISAN..SEKIAN..
Klik SINI utk peta ke Taman Tasik Petrmaisuri

Thursday 15 March 2012

Larian 40 Taman #9: Taman Jaya

Jika minggu lepas, Larian 40 Taman telah ke Taman Tasik Titiwangsa di pusat bandaraya Kuala Lumpur, larian kesembilan Sabtu lepas telah menemui warga Petaling Jaya di Taman Jaya.



Taman Jaya terletak berhampiran dengan Amcorp Mall dan juga Lebuhraya Persekutuan dan menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk aktiviti riadah. Menarik juga, ketika sambutan Chap Goh Mei bulan lepas, taman ini dijadikan lokasi pengunjung berbangsa Cina membuang buah oren dengan harapan mendapat jodoh yang baik. Acara itu telah mendapat liputan media yang meluas.

Larian 40 Taman di sini telah menarik ramai pelari tegar, yang baru, serta yang kembali menyertai selepas larian pertama di Taman Bandaran Kelana Jaya bulan Januari lepas.



Kelihatan di sini juga pengunjung-pengunjung yang melakukan senaman taichi, bermain badminton dan kanak-kanak yang bermain di tempat permainan.





Jarak satu pusingan di taman ini berbeza mengikut laluan yang diambil. Peserta-peserta pada hari itu mengambil laluan merentasi pertengahan taman dan mengelilingi tasik.




Majoriti perserta-peserta membuat tiga pusingan untuk jarak keseluruhan 2.73km.




Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, termasuk mereka dari Selangor Tourism yang sama-sama mempromosikan Larian 40 Taman melalui akaun twitter mereka, @SelangorTourism .