Wednesday 21 November 2012

Larian 40 Taman #29: Taman Aman

Taman Aman merupakan antara taman yang tertua di sekitar kawasan Petaling Jaya dan di situlah merupakan lokasi untuk Larian 40 Taman yang ke-29 pada 20 Oktober 2012.


Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini sememangnya menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk pelbagai aktiviti riadah. Kelihatan di awal pagi itu, sekumpulan warga emas melalukan senaman qi gong, selain daripada mereka yang berjogging dan juga yang sudah mula memancing.




Terdapat pelbagai kemudahan di sini termasuk alatan senaman, tandas, gelanggang bolakeranjang dan juga ruang untuk sukan skateboard.





Seperti biasa, peserta-peserta Larian 40 Taman pada pagi itu telah mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk memulakan larian.



"Loop" di sini agak kecil, tapi mempunyai alternatif untuk menaiki bukit untuk jarak yang lebih jauh. Persekitaran di sini memang cukup tenang dan tahap kebersihan juga boleh dianggap sebagai baik.


No comments:

Post a Comment