Taman Botanikal Melaka terletak hanya beberapa minit sahaja dari tol Ayer Keroh, dan papan tanda yang mencukupi membuatkan perjalanan ke sana amat mudah.
Sebaik tiba di sana pada pukul 7.15 pagi, kelihatan ramai pengunjung lain yang telah pun tiba. Ramai yang datang bersama rakan-rakan dan keluarga. Kami memang teruja dengan persekitaran di taman ini yang sangat bersih dan teratur. Rekacipta lanskap di sini juga sangat menarik. Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab!
Taman ini dulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan telah dibangunkan semula pada tahun 2006. Ia merangkumi kawasan seluas 92.5 hektar.
Menurut laman web ini, "pada peringkat Fasa 1, pembangunan taman ini melibatkan pembangunan imej baru
pintu masuk ke Taman Botanikal Melaka, penyediaan kompleks tempat letak kereta,
pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain. Taman ini merupakan
salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan
kedamian dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota.
"Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna."
Sememangnya, Taman Botanikal Melaka begitu unik sekali dengan pelbagai jenis kemudahan. Selain dari trek joging dan peralatan bersenam dan taman permainan kanak-kanak, terdapat juga beberapa "taman di dalam taman" seperti Taman Pra-Sejarah dan Taman Cerita.
Selain daripada berjoging, kami juga ternampak aktiviti berbasikal dijalankan di sini. Anda juga boleh menyewa buggy dan memandu di sekitar kawasan taman. Terdapat juga Kampung Buku untuk mereka yang gemar membaca, jambatan tergantung, Muzium Perhutanan dan kafe.
Larian hari itu merangkumi jarak sejauh 3.02km. "Agak sukar untuk saya menumpukan perhatian kepada larian, kerana persekitaran Taman ini sangat menarik," kata Zulkifli. "Taman Botanikal Melaka sangat indah dengan pelbagai tarikan dan sesuai untuk seisi keluarga".
No comments:
Post a Comment