Saturday 17 November 2012

Larian 40 Taman #28: Central Park, Desa Park City

Larian 40 Taman yang ke-28 telah diadakan di Desa Park City pada 14 Oktober 2012 yang lepas. Desa Park City itu sendiri merupakan sebuah taman perumahan yang sering diiklankan sebagai "The Best Place to Live in KL" dengan pelbagai fasiliti kelas pertama, termasuklah taman rekreasinya, Central Park.



Central Park, yang juga dibuka kepada orang ramai dari luar, merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk kegiatan riadah seisi keluarga. Dengan sebuah tasik sebagai "centrepiece", laluan untuk pelari di sini juga sangat selesa selain dari panorama yang cukup indah.


Berhampiran tasik ini juga adalah pusat komersil yang mempunyai pelbagai jenis kedai termasuk restoran-restoran, kemudahan ATM dan tempat letak kereta yang mencukupi (walaupun tidak percuma). Kemudahan lampu limpah yang disedaiakan di sini juga memungkinkan orang ramai untuk beriadah pada waktu malam.

Seperti biasa, peserta-peserta Larian 40 Taman pada pagi itu berkumpul seperti dijanjikan dan selepas sedikit senaman ringan, larian pun dimulakan.

Larian kali ini turut disertai mereka yang kali pertama mengikuti program Larian 40 Taman.





Laluan di sini juga mudah untuk diiukuti dan untuk larian pagi itu, peserta-peserta telah membuat satu pusingan besar keliling taman and satu lagi pusingan kecil untuk melengkapkan 3km. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi itu!


No comments:

Post a Comment