Tiga Larian 40 Taman seterusnya adalah seperti berikut:
Taman Tasik Titiwangsa (3 Mac 2012)
Taman Jaya (10 Mac 2012)
Taman Tasik Shah Alam (17 Mac 2012)
Jumpa di sana!
Tuesday, 28 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Larian 40 Taman #6: Taman Subang Ria
Larian keenam dalam siri Larian 40 Taman 100 Kilometer telah diadakan pada hari Sabtu lepas, 18 Februari 2012 di Taman Subang Ria, Subang Jaya.
Beberapa tahun lepas, kontroversi mengenai taman ini timbul apabila cadangan untuk memajukan kawasan taman ini telah diketengahkan. Namun, oleh kerana protes yang dilakukan pelbagai pihak, cadangan itu hanya tinggal cadangan.
Larian 40 Taman di sini bermula sedikit lewat apabila ramai peserta yang kurang kenal dengan kawasan ini, tidak dapat mencari tempat perjumpaan seperti yang dijanjikan. Namun, larian dapat dimulakan sebelum pukul 8 pagi dengan penyertaan beberapa muka baru di samping peserta-peserta tegar.
Selepas sesi memanaskan badan, pelari-pelari pun memulakan larian di sekeliling trek yang berukuran 1km setiap pusingan.
Trek di sini memang mudah untuk berlari dan suasananya amat tenang, walaupun berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan. Kelihatan di taman ini juga beberapa kumpulan yang membuat senaman tai chi.
Walaubagaimanapun, selepas satu pusingan, hujan renyai mula turun. Ini tidak melunturkan semangat pelari-pelari yang secara puratanya menghabiskan tiga pusingan, sementara ada yang menyambung larian hingga lebih daripada itu!
Terima kasih kepada semua yang menjayakan larian keenam ini!
Taman ini telah lama menjadi tumpuan aktiviti rekreasi bagi penduduk setempat. Diwujudkan pada lewat tahun 1980an, Taman Subang Ria merangkumi kawasan lebih daripada 72 ekar dan terletak di Seksyen 12, Subang Jaya. Ianya juga mempunyai tiga tasik.
Beberapa tahun lepas, kontroversi mengenai taman ini timbul apabila cadangan untuk memajukan kawasan taman ini telah diketengahkan. Namun, oleh kerana protes yang dilakukan pelbagai pihak, cadangan itu hanya tinggal cadangan.
Larian 40 Taman di sini bermula sedikit lewat apabila ramai peserta yang kurang kenal dengan kawasan ini, tidak dapat mencari tempat perjumpaan seperti yang dijanjikan. Namun, larian dapat dimulakan sebelum pukul 8 pagi dengan penyertaan beberapa muka baru di samping peserta-peserta tegar.
Selepas sesi memanaskan badan, pelari-pelari pun memulakan larian di sekeliling trek yang berukuran 1km setiap pusingan.
Trek di sini memang mudah untuk berlari dan suasananya amat tenang, walaupun berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan. Kelihatan di taman ini juga beberapa kumpulan yang membuat senaman tai chi.
Walaubagaimanapun, selepas satu pusingan, hujan renyai mula turun. Ini tidak melunturkan semangat pelari-pelari yang secara puratanya menghabiskan tiga pusingan, sementara ada yang menyambung larian hingga lebih daripada itu!
Terima kasih kepada semua yang menjayakan larian keenam ini!
Tuesday, 21 February 2012
Wednesday, 15 February 2012
Tempat Perjumpaan Di Taman Subang Ria
Bagi larian Sabtu ini (18 Feb 2012), pada pukul 7.30 pagi, tempat perjumpaan adalah seperti dalam gambar.
Untuk ke sana, apabila anda sudah pun masuk ke simpang berhampiran SJMC, terus sehingga anda nampak Hotel Dorsett. Di antara Dorsett dan Holiday Villa, ada simpang kiri untuk ke tempat perjumpaan. Jumpa di sana!

Friday, 10 February 2012
Larian #6
Larian seterusnya:
Tempat: Taman Subang Ria, Subang Jaya (berhampiran SJMC dan Sheraton)
Tarikh: 18 Feb 2012
Waktu: 7.30 pagi
Jumpa di sana!
Tempat: Taman Subang Ria, Subang Jaya (berhampiran SJMC dan Sheraton)
Tarikh: 18 Feb 2012
Waktu: 7.30 pagi
Jumpa di sana!
Thursday, 9 February 2012
Larian 40 Taman #5: Taman KLCC
Terletak di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur, Taman KLCC adalah antara taman yang terindah dan digemari ramai di Lembah Klang ini. Dan ianya merupakan destinasi kelima Larian 40 Taman 100 Kilometer.
Dengan keluasan yang meliputi lebih daripada 50 ekar, Taman KLCC telah direkacipta oleh pereka lanskap terkenal dari Brazil, Roberto Burle Marx, dan mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan istimewa termasuk taman permainan kanak-kanak, air pancut bersimfoni, trek untuk berjogging dan kawasan yang luas untuk beriadah. Pokok-pokok pelbagai spesies juga menwujudkan suasana yang tenang, indah dan damai.
Larian pada 4 Februari yang lepas bermula di awal pagi seperti biasa. Mereka yang datang awal telah diberikan T-shirt eksklusif Larian 40 Taman, dan selepas sessi memanaskan badan, pelari-pelari memulakan larian sebanyak dua pusingan.
Pelari-pelari kali ini terdiri daripada mereka yang pertama kali turut serta dalam Larian 40 Taman dan juga mereka yang sudah pun bersama sebanyak tiga kali.
Dua pusingan yang dibuat merangkumi jarak 2.64km, walapun ada pelari yang membuat pusingan lebih untuk kepuasan masing-masing.
Jangan lupa untuk turut serta dalam larian seterusnya di Taman Subang Ria!

Thursday, 2 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)