Friday 29 June 2012

Larian 40 Taman #20: Taman Tasik Ampang Hilir

Begitu istimewa sekali apabila larian yang ke-20 telah diadakan Sabtu lepas, 23 Jun di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Dengan itu, maka sampailah siri Larian 40 Taman 100 Kilometer ke separuh perjalanan.


Ramai juga antara peserta pagi tu yang menggunakan larian ke-20 ini sebagai pemanas badan untuk Standard Chartered KL Marathon yang diadakan pada keesokkan hari, termasuk mereka yang membuat full marathon!

Larian pagi itu juga mendapat sokongan padu kumpulan pelari TT Kuda Runners, selain daripada pelari-pelari tegar Larian 40 Taman, dan beberapa orang yang turut serta buat kali pertamanya. Terima kasih diucapkan kepada semua!

Taman Tasik Ampang Hilir meliputi kawasan seluas kira-kira 16 hektar termasuk tasik seluas 12 hektar. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuk tempat letak kereta, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai makan dan juga dewan serbaguna.



Walaupun kali pertama berlari di sana, taman ini mudah dicari dengan papantanda-papantanda yang mencukupi. Suasana di sini amat indah dan tenang, walaupun terletak berhampiran dengan lebuhraya. Kelainan di sini adalah pelari-pelari tidak membuat bulatan penuh oleh kerana reka-tamannya sebegitu, sebaliknya seseorang itu perlu membuat pusingan-U untuk melengkapkan 2.5km.


Seperti biasa, sesi senaman memanaskan badan diadakan sebelum larian dimulakan.



Pelari-pelari kemudian memulakan larian sekitar jam 7.45 pagi.






Ternyata pemandangan di sini begitu indah dan menarik sekali.




Selepas larian tamat, cabutan bertuah telah diadakan di mana hadiah T-shirt eksklusif TV9 telah diberikan.




Manakala hadiah utama pula merupakan voucher shopping bernilai RM50.


Di samping itu, pelari-pelari baru juga telah diberikan T-shirt Larian 40 Taman secara percuma!



No comments:

Post a Comment