Thursday 22 March 2012

Larian 40 Taman #10: Taman Tasik Shah Alam

Memang sangat istimewa larian Sabtu lepas bagi semua yang terlibat. Taman Tasik Shah Alam merupakan lokasi ke-10 bagi siri Larian 40 Taman, dan bagi semua pelari-pelari, kejayaan setakat ini sangat membanggakan. Syabas diucapkan kepada semua!



Taman Tasik Shah Alam sudah tentu antara "landmark" kebangaan negeri Selangor. Terletak di Seksyen 14 berhampiran Kompleks PKNS, Taman Tasik Shah Alam merangkumi kawasan seluas 43 hektar dan turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan.


Menurut portal Majlis Bandaraya Shah Alam, antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah 
taman permainan kanak-kanak, laluan jogging, laman refleksologi, kawasan rehat, restoran dan kemudahan tempat letak kenderaan.




Peserta-peserta Larian 40 Taman pada 17 Mac yang lepas telah mula berkumpul seawal jam 7 pagi. Selepas taklimat ringkas oleh pengasas acara, M.Zulkifli, peserta-peserta kemudian membuat senaman memanaskan badan yang diketuai oleh saudara Sharafi.




Sharafi juga memaklumkan yang satu pusingan besar Taman Tasik Shah Alam itu akan mencatatkan jarak sejauh 2.7km. 




Larian telah dimulakan sekitar pukul 7.35 pagi dan bagi majoriti peserta pagi itu, ini merupakan pengalaman pertama berlari di taman yang serba indah ini.





Selain daripada kemudahan yang tersenari di atas, terdapat juga Shah Alam Wet World di sini yang cukup popular di kalangan masyarakat setempat.



 Peserta-peserta telah menamatkan satu pusingan besar dengan jarak 2.74.



 Istimewa buat larian kali ini adalah tajaan air mineral daripada Alla Fonte.







Satu cabutan bertuah juga telah diadakan di mana pemenangnya, Cik Miya, telah membawa pulang voucher shopping bernilai RM50!




 Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan larian ke-10 ini!

No comments:

Post a Comment