Thursday 15 March 2012

Larian 40 Taman #9: Taman Jaya

Jika minggu lepas, Larian 40 Taman telah ke Taman Tasik Titiwangsa di pusat bandaraya Kuala Lumpur, larian kesembilan Sabtu lepas telah menemui warga Petaling Jaya di Taman Jaya.



Taman Jaya terletak berhampiran dengan Amcorp Mall dan juga Lebuhraya Persekutuan dan menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk aktiviti riadah. Menarik juga, ketika sambutan Chap Goh Mei bulan lepas, taman ini dijadikan lokasi pengunjung berbangsa Cina membuang buah oren dengan harapan mendapat jodoh yang baik. Acara itu telah mendapat liputan media yang meluas.

Larian 40 Taman di sini telah menarik ramai pelari tegar, yang baru, serta yang kembali menyertai selepas larian pertama di Taman Bandaran Kelana Jaya bulan Januari lepas.



Kelihatan di sini juga pengunjung-pengunjung yang melakukan senaman taichi, bermain badminton dan kanak-kanak yang bermain di tempat permainan.





Jarak satu pusingan di taman ini berbeza mengikut laluan yang diambil. Peserta-peserta pada hari itu mengambil laluan merentasi pertengahan taman dan mengelilingi tasik.




Majoriti perserta-peserta membuat tiga pusingan untuk jarak keseluruhan 2.73km.




Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, termasuk mereka dari Selangor Tourism yang sama-sama mempromosikan Larian 40 Taman melalui akaun twitter mereka, @SelangorTourism .






No comments:

Post a Comment