Friday 30 March 2012

Larian 40 Taman #11: Taman Tasik Permaisuri

Buat pertama kalinya, Larian 40 Taman telah diadakan bersempena satu acara lain di lokasi yang sama. Bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, Larian Hari Tibi Sedunia telah diadakan pada 24 Mac anjuran DBKL. Kesempatan ini telah diambil oleh pelari-pelari Larian 40 Taman untuk mengadakan larian ke-11 di samping memeriahkan acara tersebut.

Menurut portal rasmi DBKL: "Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.

"Ianya terdiri daripada sebuah  tasik seluas 14 ekar dengan empat buah pulau-pulau kecil di dalamnya. Kawasan sekitarnya ditanami dengan pokok-pokok rendah dan renek yang bukan sahaja megindahkan taman ini tetapi juga sebagai tempat untuk berlindung dari terik matahari."


Acara telah bermula agak lewat kerana pihak penganjur yang tiba selepas pukul 7 pagi walaupun ramai pelari-pelari telah pun menunggu. Peserta-peserta kemudian telah diberikan nombor penyertaan untuk dua kategori, Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.


Selepas senaman memanaskan badan dibuat, larian telah dimulakan lebih kurang jam 8.30 pagi.





Menurut pihak penganjur, lebih kurang 230 orang peserta telah mengambil bahagian pada pagi itu termasuk murid-murid sekolah, kakitangan DBKL dan orang awam.



Pemenang-pemenang tempat pertama hingga ketiga telah diberi hadiah wang tunai manakala mereka yang di dalam kedudukan 10 terbaik telah membawa hamper yang disediakan. Salah seorang pelari Larian 40 Taman juga telah berjaya meraih tempat k-10 dalam kategori Terbuka Wanita.





Jarak keseluruhan larian pagi itu adalah 4.18km. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengambil bahagian!


No comments:

Post a Comment