Friday 20 April 2012

Larian 40 Taman #13: FRIM

Seperti Larian ke-11, Larian 40 Taman ke-13 juga telah diadakan bersempena satu acara lain, iaitu World Forestry Day Run 2012 anjuran Malaysia Timber Industry Council #275. Lokasinya pula di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong, satu kasawan yang sangat popular di kalangan penduduk Lembah Klang yang cintakan alam semulajadi.


Terdapat pelbagai tarikan di FRIM termasuk Taman Botani Kepong, Taman Etno-Botanic, kawasan perkelahan, tapak perkhemahan, galeri penyelidikan, Rumah Tradisional Melayu, Titian Silara dan banyak lagi.

Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 515 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong.


Larian pagi itu telah dimulakan sekitar jam 8.20 pagi dan disertai lebih kurang 160 peserta.





Paling menarik mengenai larian ini ialah laluannya, di mana peserta-peserta telah bermula atas jalanraya kemudian memasuki ke kawasan bukit. Larian seperti ini lebih dikenali sebagai "trail run". Ini merupakan pengalaman pertama trail run bagi ramai peserta-peserta dan merupakan "exposure" yang sangat baik.


Namun, agak mencabar juga kerana lebih dari 1km di awal laluan, memerlukan pelari-pelari "mendaki" bukit itu. Kasut yang sesuai juga sangat diperlukan bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


Persekitaran di FRIM memang sangat berbeza dengan taman-taman lain, dengan khazanah semulajadinya. Selain daripada berlari, peserta-peserta juga mengambil peluang mengapresiasi flora dan fauna di sini. Cuma rugi tidak dapat berehat sebentar umtuk menikmati kesegaran air terjun di sini!



Oleh kerana ini merupakan "fun run", tiada hadiah wang tunai ataupun medal disediakan pihak penganjur. Namun, acara lucky draw telah diadakan dan salah seorang pelari Larian 40 Taman, saudara Daud, turut memenangi hadiah.



Larian pagi itu berjarak 4.96 km dan telah memberi kepuasan tersendiri kepada semua peserta.


No comments:

Post a Comment