Tuesday 24 April 2012

Larian 40 Taman #14: Central Park Bandar Utama

Larian ke-14 telah diadakan pada 21 April yang lepas ini di Central Park, Bandar Utama. Central Park terletak di hadapan One Utama (new wing) dan popular di kalangan masyarakat setempat. Walaupun tidak se-popular Taman Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail, Central Park mempunyai keistimewaannya yang tersediri.



Di taman ini, pengunjung dibenarkan membawa binatang peliharaan, sementara setiap Ahad yang pertama setiap bulan, Farmer's Market dianjurkan dengan pelbagai gerai disediakan.

Seperti biasa, pelari-pelari Larian 40 Taman telah berkumpul di lokasi sekitar jam 7.30 pagi sebelum sebelum membuat senaman memanaskan badan secara berkumpulan.


Larian kemudian telah dimulakan sekitar 7.45 pagi. Persekitaran pada pagi itu tenang walaupun taman ini terletak berhampiran antara kompleks membeli-beli paling popular di Lembah Klang.




Laluan untuk larian juga dalam keadaan yang baik, walaupun jalannya mempunyai banyak cabang dan memerlukan masa untuk membiasakan diri.





Majoriti pelari-pelari membuat empat pusingan dengan jarak 600 meter setiap pusingan.









Yang menarik pagi itu juga adalah pemberian cenderahati sumbangan penaja-penaja, Grand Brilliance dan TV9.



Grand Brilliance menyumbangkan T-shirt eksklusif yang ditandatangani bintang-bintang filem "Chow Kit", yang akan menemui peminat bermula 3 Mei nanti.




Sementara itu, TV9 menyumbangkan dua jenis T-shirt termasuk "Friday I'm In Love", drama terkini di saluran itu.



No comments:

Post a Comment