Friday 15 June 2012

Larian 40 Taman #19: Taman Rekreasi Seksyen 7 Shah Alam

Untuk larian ke-19, siri Larian 40 Taman 100 Kilometer telah kembali ke Shah Alam, tetapi kali ini, ke Taman Rekreasi Seksyen 7 pada 9hb Jun yang lepas.


Taman ini boleh dianggap masih lagi baru, namun, banyak juga kemudahan yang telah disediakan termasuk tempat letak kereta, taman-taman permainan untuk kanak-kanak dan juga laman refleksologi.




Taman ini juga mempunyai lokasi yang strategik dan oleh kerana agak berhampiran dengan UiTM, ianya menjadi taman tumpuan buat ramai mahasiswa dan mahasiswi di sini.

Larian pada pagi itu telah bermula lebih kurang jam 7.45 pagi selepas sessi memanaskan badan. Cuaca pagi itu agak mendung dan sesuai untuk larian.






Secara keseluruhannya, peserta-peserta telah membuat dua loop untuk jarak 3.01km.



Istimewa pada pagi itu juga, cabutan bertuah turut diadakan. Dan sempena deman Euro 2012 ini, hadiah-hadiah merupakan cenderahati Euro 2012 sumbangan TV3, temasuk poster jadual dan juga "pasport".


Manakala hadiah utama pada pagi itu merupakan T-Shirt eksklusif yang dimenangi saudara Faizal.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi itu!

No comments:

Post a Comment