Wednesday 3 October 2012

Larian 40 Taman #24: Albert Park, Melbourne

Larian 40 Taman telah menjelajah ke Melbourne, Australia untuk larian ke-24 pada 24 Ogos 2012 yang lalu. Terletak hanya 3km dari tengah-tengah bandaraya, Albert Park merupakan taman yang ikonik dan sinonim dengan bandaraya Melbourne itu sendiri dan juga merupakan lokasi untuk perlumbaan F1 Melbourne GP.







Larian pada pagi itu telah diadakan secara solo oleh pengasas projek, M.Zulkifli. Cuaca pada pagi itu pula agak sejuk dengan suhu 12 darjah celcius dan tiupan angin yang agak kencang juga menambah susasana dingin di situ.




Laluan di taman ini agak mudah, iaitu satu pusingan besar di sekeliling Albert Park Lake sejauh hampir 5km. Taman ini sememangnya popular dengan masyarakat Melbourne dan menyediakan pelabagai kemudahan termasuk tempat letak kereta, taman pernainan kanak-kanak, restoran dan tandas awam. Selain dari aktiviti jogging, ianya juga popular untuk mereka yang gemar berbasikal, rowing dan sailing.



No comments:

Post a Comment