Wednesday 17 October 2012

Larian 40 Taman #26: Southwark Park, London

Larian ke-26 dalam siri Larian 40 Taman telah diadakan di sebuah lokasi yang cukup bersejarah, iaitu Southpark Park di selatan London.


Menurut Wikipedia, taman ini mula dibuka pada tahun 1869 and telah direka cipta oleh Alexander McKenzie dan merangkumi kawasan seluas 63 ekar. Antara yang menarik di taman ini ialah "bandstand" yang didirikan pada tahun 1884.


Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuk kafe, tasik untuk sukan boating, taman hidupan liar, taman permainan kanak-kanak dan juga galeri seni.






Larian pada pagi itu telah dilakukan secara solo oleh M.Zulkifli dalam suhu yang agak rendah, walaupun terdapat pancaran sinar matahari. Laluan untuk joggers di sini juga lebar dan sangat selesa dan mempunyai beberapa pilihan mengikut jarak yang ingin dicapai.



No comments:

Post a Comment