Larian 40 Taman yang ke-28 telah diadakan di Desa Park City pada 14 Oktober 2012 yang lepas. Desa Park City itu sendiri merupakan sebuah taman perumahan yang sering diiklankan sebagai "The Best Place to Live in KL" dengan pelbagai fasiliti kelas pertama, termasuklah taman rekreasinya, Central Park.
Central Park, yang juga dibuka kepada orang ramai dari luar, merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk kegiatan riadah seisi keluarga. Dengan sebuah tasik sebagai "centrepiece", laluan untuk pelari di sini juga sangat selesa selain dari panorama yang cukup indah.
Berhampiran tasik ini juga adalah pusat komersil yang mempunyai pelbagai jenis kedai termasuk restoran-restoran, kemudahan ATM dan tempat letak kereta yang mencukupi (walaupun tidak percuma). Kemudahan lampu limpah yang disedaiakan di sini juga memungkinkan orang ramai untuk beriadah pada waktu malam.
Seperti biasa, peserta-peserta Larian 40 Taman pada pagi itu berkumpul seperti dijanjikan dan selepas sedikit senaman ringan, larian pun dimulakan.
Larian kali ini turut disertai mereka yang kali pertama mengikuti program Larian 40 Taman.
Laluan di sini juga mudah untuk diiukuti dan untuk larian pagi itu, peserta-peserta telah membuat satu pusingan besar keliling taman and satu lagi pusingan kecil untuk melengkapkan 3km. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi itu!
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 25 October 2012
Larian 40 Taman #27: Hutan Bandar Mutiara Rini
Larian ke-27 dalam siri Larian 40 Taman telah diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai pada 7 Oktober yang lepas. Ini juga merupakan larian ke-3 di negeri Johor selepas Taman Merdeka dan Taman Hutan Bandar di Johor Bahru.
Hutan Bandar ini berkeluasan 25 hektar dan diselenggarakan pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Ia telah dibangunkan sebagai taman beriadah untuk masyarakat setempat dan juga sebagai tarikan pelancong.
Hutan Bandar yang dibangunkan sejak 2008 ini, "kini mempunyai 200 spesies tanaman berbeza dengan 3,200 pokok yang telah membesar. Antara pokok yang ada adalah asam gelugur, keranji, tampoi, tongkat ali, jelutong, kempas, keruing bulu, bachang, johor, gelam, giam jantan, ipoh dan gaharu".

Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah bangunan
serbaguna, tempat letak kereta, wakaf, menara pandang, taman bunga dan taman
herba.Ianya turut mempunyai Dataran Sekapur Sirih yang dibina dengan kos
RM24 juta untuk kegunaan acara rasmi dan keramaian termasuk sambutan Hari
Kemerdekaan.
Kewujudan 24 rumah limas yang mewakili 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini juga menyerikan lagi hutan tersebut dan ia boleh digunakan untuk ruangan seminar, kursus, bengkel dan keramaian.
Tinjauan kami ke sana juga mendapati Hutan Bandar Mutiara Rini sesak dengan pengunjung di waktu petang di mana aktiviti bermain layang-layang sangat popular.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi itu!Kewujudan 24 rumah limas yang mewakili 24 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini juga menyerikan lagi hutan tersebut dan ia boleh digunakan untuk ruangan seminar, kursus, bengkel dan keramaian.
Tinjauan kami ke sana juga mendapati Hutan Bandar Mutiara Rini sesak dengan pengunjung di waktu petang di mana aktiviti bermain layang-layang sangat popular.
Di waktu pagi pula, aktiviti senamrobik turut diadakan.
Trek untuk berlari juga luas dan mudah diikuti dengan pelbagai pemandangan menyejukkan mata. Lokasi ini juga sesuai untuk mereka yang berlatih untuk "trail run".
Wednesday, 17 October 2012
Larian 40 Taman #26: Southwark Park, London
Larian ke-26 dalam siri Larian 40 Taman telah diadakan di sebuah lokasi yang cukup bersejarah, iaitu Southpark Park di selatan London.
Menurut Wikipedia, taman ini mula dibuka pada tahun 1869 and telah direka cipta oleh Alexander McKenzie dan merangkumi kawasan seluas 63 ekar. Antara yang menarik di taman ini ialah "bandstand" yang didirikan pada tahun 1884.
Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuk kafe, tasik untuk sukan boating, taman hidupan liar, taman permainan kanak-kanak dan juga galeri seni.
Larian pada pagi itu telah dilakukan secara solo oleh M.Zulkifli dalam suhu yang agak rendah, walaupun terdapat pancaran sinar matahari. Laluan untuk joggers di sini juga lebar dan sangat selesa dan mempunyai beberapa pilihan mengikut jarak yang ingin dicapai.

Tuesday, 9 October 2012
Larian 40 Taman #25: Taman Tasik Cempaka Bangi
Larian ke-25 dalam siri Larian 40 Taman telah diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Larian pada pagi itu juga sangat istimewa kerana telah diadakan pada Hari Merdeka!
Di samping itu, dengan kemeriahan Hari Raya yang masih terasa, pelari-pelari turut datang membawa kuih dan hidangan lain untuk dikongsikan bersama.
Taman Tasik Cempaka sememangnya popular di kalangan masyarakat setempat dan pelbagai aktiviti kerap dilakukan di sini termasuk sessi senamrobik. Memancing juga merupakan aktiviti popular walaupun pada tahun lepas, banyak ikan didapati mati di sini akibat pencemaran yang dilakukan beberapa kilang yang berhampiran.
Antara kemudahan yang ada di sini termasuk tandas awam, tempat letak kereta, taman permainan kanak-kanak, padang bolasepak, tapak refleksologi dan wakaf.
Larian pagi itu menyaksikan penyertaan beberapa orang pelari-pelari baru yang tinggal di sekitar kawasan Bangi selain dari pelari-pelari tegar Larian 40 Taman. Turut hadir, mereka yang datang untuk memberikan sokongan walaupun tidak berlari bersama.
Selepas sessi memanaskan badan, peserta-peserta memulakan larian sebanyak dua pusingan besar.
Keadaan pagi itu agak mendung dan sesuai untuk larian santai. Laluan yang disediakan agak mudah diikuti walaupun jambatan kayu yang sedia ada kelihatan agak usang dan sedikit merbahaya.
Selepas tamat larian sejauh 3km, pelari-pelari semua pun menjamu selera selain berkenalan sesama sendiri.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir!

Wednesday, 3 October 2012
Larian 40 Taman #24: Albert Park, Melbourne
Larian 40 Taman telah menjelajah ke Melbourne, Australia untuk larian ke-24 pada 24 Ogos 2012 yang lalu. Terletak hanya 3km dari tengah-tengah bandaraya, Albert Park merupakan taman yang ikonik dan sinonim dengan bandaraya Melbourne itu sendiri dan juga merupakan lokasi untuk perlumbaan F1 Melbourne GP.
Larian pada pagi itu telah diadakan secara solo oleh pengasas projek, M.Zulkifli. Cuaca pada pagi itu pula agak sejuk dengan suhu 12 darjah celcius dan tiupan angin yang agak kencang juga menambah susasana dingin di situ.
Laluan di taman ini agak mudah, iaitu satu pusingan besar di sekeliling Albert Park Lake sejauh hampir 5km. Taman ini sememangnya popular dengan masyarakat Melbourne dan menyediakan pelabagai kemudahan termasuk tempat letak kereta, taman pernainan kanak-kanak, restoran dan tandas awam. Selain dari aktiviti jogging, ianya juga popular untuk mereka yang gemar berbasikal, rowing dan sailing.

Subscribe to:
Posts (Atom)